Pernahkah anda berasa tak selesa dengan kebersihan pada telefon bimbit anda? Malah, ada yang mengatakan telefon bimbit sangat kotor, lebih kotor daripada tempat duduk tandas. Gelinya!
Namun, kini sebuah syarikat Jepun, Kyocera menghasilkan telefon bimbit terbaharu, Digno Rafre yang bukan sahaja boleh dibersihkan, malah dicuci dengan sabun dan kalis air.
Ini sekaligus membolehkan anda mencuci perati tersebut untuk mengelakkan kekotoran dan juga bakteria yang terdapat padanya. Paling penting, sesuai digunakan oleh kanak-kanak kerana tahap kebersihan yang terjamin.
Pastinya ia menjadi berita baik bagi pengguna di negara Jepun dengan pelancaran telefon tersebut. Salah satu iklan yang didapati melalui laman youtube menunjukkan seorang kanak-kanak terjatuhkan telefon bimbit ke dalam makanan.
Kemudian, ibunya menunjukkan telefon itu boleh dibersihkan dengan air dan sabun. Dengan harga 21,600 yen bersamaan RM740, telefon tersebut didatangkan dengan perisian Android 5.1, saiz 5 inci dan kamera 13 megapixel. Menarik, bukan?


0 comments:
Post a Comment