Adblock is enabled

We have detected that you are using adblock on your web browser. Please disable adblock or simply disable your ad blocker only on 'CodingCrazy.com' and reload this page to hide this.
Thanks.

No popup. We promise!

728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 26 December 2015

    Apa Sudah Jadi Dengan Nilai 3



    Nilai: Pusat perniagaan di Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, yang dianggap sebagai syurga beli-belah bagi mereka yang gemarkan set permaidani dan kain kini diibaratkan sebagai hidup segan mati tak mahu apabila pengunjung semakin berkurangan.
    Jika sebelum ini setiap hari boleh dikatakan ribuan pengunjung membanjiri kawasan itu, kini bilangannya boleh dikira dengan jari.

    Pengunjung, Rosmawati Omar, 46, berkata, kemeriahan kawasan Nilai 3 yang satu ketika dulu ramai pelanggan kini semakin sepi.
    Katanya, dia yang pertama kali bertandang ke kawasan itu pada 2001 merasai kemeriahan apabila ramai berpusu-pusu mahu membeli permaidani serta kain.

    “Saya tak tahu bagaimana untuk menggambarkannya. Sejak pertama kali datang ke sini, keadaan premis dan jalan begitu sesak.

    “Orang ramai pada ketika itu berebut-rebut mahu memilih barangan, tetapi apabila saya datang semula saya begitu terkejut,” katanya.

    Katanya, ini kerana bilangan pelanggan di situ sudah berkurangan, malah pekerjanya melebihi pelanggan.

    “Nilai 3 adalah antara lokasi pilihan jika mahu beli-belah. Kebiasaannya setiap wanita akan ke sini untuk mendapatkan perhiasan rumah terutama menjelang musim perayaan,” katanya.
    Dia yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur berkata, sejak dibuka 14 tahun lalu, lebih 50 kali dia membeli barangan di Nilai 3.



    Pekerja swasta, Maarof Arifin, 48, mengakui perniagaan di Nilai 3 kini kurang mendapat sambutan.
    Katanya, pada awal dibuka, perkara paling sukar adalah mendapatkan tempat letak kenderaan kerana bilangan pengunjung terlalu ramai.

    “Lihatlah keadaan sekarang bukan saja premis kekurangan pelanggan, tetapi keadaan jalan turut lengang. Kalau dulu banyak bas lalu-lalang, kini berkurang,” katanya.
    Maarof berkata, perubahan dapat dilihat adalah banyak rombongan dibuat dari negeri lain ke Nilai 3 tidak seperti sekarang.

    “Saya berpendapat keadaan ini terjadi mungkin disebabkan kos sara hidup yang meningkat dan lambakan warga asing,” katanya.

    Menurutnya, Nilai 3 yang dahulunya popular dalam kalangan masyarakat perlu diambil perhatian oleh kerajaan negeri memandangkan sambutannya semakin pudar.
    “Kawasan ini sememangnya lokasi wajib dikunjungi golongan wanita kerana menjual pelbagai barangan. Jika usaha pemulihan tidak dibuat, dikhuatiri masyarakat akan melupai Nilai 3,” katanya.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Sudah Jadi Dengan Nilai 3 Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top