Adblock is enabled

We have detected that you are using adblock on your web browser. Please disable adblock or simply disable your ad blocker only on 'CodingCrazy.com' and reload this page to hide this.
Thanks.

No popup. We promise!

728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 9 December 2015

    Jambatan Paling Ngeri Di Dunia Telah Siap!

    Anda seorang yang takut kepada ketinggian? Rasa gayat bila berada atas bangunan atau jambatan?

    Kali ini, ketakutan anda pastinya tercabar dengan siapnya jambatan gantung kaca terpanjang di dunia. Bukan sahaja terpanjang malah ketinggian 298 meter dari tanah sudah cukup menggerunkan, bukan?

    Jambatan gantung kaca itu dibina menghubungkan ngarai atau lembah di Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan dan berjaya disiapkan selepas setahun pembinaan.

    Namun, ia hanya akan dibuka pada orang awam pada Mei 2016. Pastinya jambatan sepanjang 374 meter ini mampu memberi pengalaman luar biasa buat para pelancong yang datang ke taman negara Tianmenshan ini.

    Ia memakan kos RM16.4 juta dan sekaligus mengatasi jambatan pejalan kaki yang terdapat di Arizona sebelum ini yang berketinggian 219 meter. 

    Bagaimana, anda berani untuk mencuba berjalan di sini?




    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jambatan Paling Ngeri Di Dunia Telah Siap! Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top