Adblock is enabled

We have detected that you are using adblock on your web browser. Please disable adblock or simply disable your ad blocker only on 'CodingCrazy.com' and reload this page to hide this.
Thanks.

No popup. We promise!

728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 31 December 2015

    [PANAS] HARGA MINYAK TURUN TAPI HARGA BARANG??


    Kenapa harga barang tidak turun walaupun harga minyak turun??

    Sebelum ini, setiap kali harga petroleum dinaikkan, hampir sebahagian besar harga barangan turut mengalami kenaikan, yang kadangkala lebih tinggi daripada kadar kenaikan harga minyak. Sebagai contoh, apabila harga petroleum naik 20 sen seliter, kebanyakan kedai makan menaikkan harga minuman sebanyak 20 sen segelas. Alasan kenaikan ini ialah harga petrol memberikan kesan kepada kos mereka. Oleh itu, harga baru ini untuk menampung kenaikan kos tersebut.

    Oleh itu, apabila harga petroleum diturunkan, pengguna menjangkakan penurunan harga barangan.

    Namun, adakah harga makanan dan barang keperluan lain diturunkan seiring dengan harga baru petrol?

    Apa menjadi kebimbangan FOMCA, walaupun harga petroleum turun, tetapi peniaga dan kedai makan masih mengekalkan harga jualan mereka. Justeru, mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi kerana kos operasi semakin rendah.

    FOMCA mendesak kerajaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk memastikan pengguna mendapat manfaat harga barang yang lebih rendah akibat daripada penurunan harga petroleum.

    Peniaga tidak beretika menaikkan harga barang apabila harga petroleum meningkat untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Namun apabila harga petroleum dikurangkan, mereka turut membuat keuntungan yang tinggi daripada kos operasi yang rendah. Penguatkuasaan Akta ini penting supaya pengguna mendapat harga yang rendah dan bukannya peniaga mendapat manfaat daripada kenaikan untung.


    Selain itu, disebabkan ramai peniaga yang masih mengekalkan harga mereka, sedangkan sepatutnya mereka menurunkan harga barang ekoran daripada harga baru petroleum, maka Suruhanjaya Persaingan perlu membuat siasatan sama ada terdapat sebarang pakatan perniagaan untuk mengekalkan harga sebagaimana sebelum penurunan harga petroleum atau  amalan-amalan lain yang bersifat anti persaingan yang boleh memanipulasi harga.

    Pengurangan harga petroleum sepatutnya memberi kebaikan kepada pengguna. Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dan mekanisme lain bagi memastikan pengguna benar-benar mendapatkan manfaat daripada penurunan harga petroleum.

    Kesimplannye.. kebanyakan syarikat ambik kesempatan atas harga minyak..
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: [PANAS] HARGA MINYAK TURUN TAPI HARGA BARANG?? Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top