Adblock is enabled

We have detected that you are using adblock on your web browser. Please disable adblock or simply disable your ad blocker only on 'CodingCrazy.com' and reload this page to hide this.
Thanks.

No popup. We promise!

728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 7 January 2016

    Datuk Terlajak Laris Terima Ugutan Bunuh




    Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang baru-baru ini mendedahkan sebahagian hartanya dalam satu rancangan 'Terlajak Puteh nampak', mengakui pernah menerima ugutan bunuh sebelum ini.

    Selepas program keluaran Astro disiarkan dia mengakui pernah menerima banyak kata-kata positif dan juga negatif.

    Namun, tujuannya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin memberi inspirasi kepada orang ramai yang ingin berjaya sepertinya.

    "Apabila Astro telefon sebenarnya dua kali saya menolak sebab saya tak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, oklah saya terima dengan niat yang baik.  
    "Namun secara jujurnya bukan senang saya nak jadi seperti sekarang.  Macam-macam perkara yang saya kena lalui.  Ingat lagi dulu, saya pernah terima ugutan bunuh, ada orang nak pukul saya, dan macam-macam atas pelbagai alasan.  Biasalah dalam bisnes kan.  Jangan tak tahu, yang benci dengan suara kepit saya pun ada.   

    "Tapi saya tak pernah sakiti hati orang lain dan saya jujur dalam bisnes.  Alhamdulilah, sehingga hari ini berkat semua itu, saya ok dan tidak alami apa-apa.  Syukur," ujar Aliff dipetik daripada Mediahiburan.

    Dalam rancangan itu, Aliff turut berkongsi rumah barunya bernilau RM20juta yang bakal siap 8 bulan lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Datuk Terlajak Laris Terima Ugutan Bunuh Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top